Thursday, 21 July 2011

Membenci & Dibenci

Sedang membenci seseorang?? maybe ex-kekasih? atau mungkin kawan sekerja? or mungkin juga adik beradik, jiran tetangga, makcik bedah tukang cleaner, atau mungkin orang yang kamu langsung tak kenali tapi penuh dengan perangai tak senonoh yang kamu akan jumpa di perhentian bas ketika balik kerja.


I Hate You!!




hermmmm.... (tarik nafas panjang..)
Manusia selalunya akan membenci seseorang yang menyakiti hatinya.. Aku juga pernah membenci ex-bf aku, Kawan aku pernah membenci ibunya kerana bersikap tidak adil, kawan fb aku membenci lalu bertindak memalukan ex-gfnya apabila ditinggalkan. Well-well.. manusia takkan membenci tanpa sebab kan. Walaupun kadang-kadang perasaan benci kita ni wujud di sebabkan "cemburu". So jangan hairanlah bila tak pasal-pasal korang kena benci oleh someone kat office or class.(Anggap saja korang nee worth sangat untuk di benci.)Think positive baby!!


Bagi yang sedang membenci seseorang, korang tau tak, kebencian itu pasti akan membuat kamu semakin sama dengan orang yang kamu benci. Huh?? percaya tidak?? ini kenyataan sayang. Ada yang tahu tentang Karma @ Hukum Tabur Tuai??
"Karma adalah ketika kamu pernah melukai orang yang sangat menyayangimu dan sekarang kamu dilukai oleh orang yang paling kamu sayangi."

I Hate You!!

Bagi kamu yang pernah luahkan perasaan kat saya bahawa kamu sangat bencikan ex-bf / ex-gf kamu, bagi kamu mereka adalah penipu, curang kat sana sini, pisau cukur, bodoh, selekeh, dll.. Hey you!!, lihat keadaan kamu sekarang, tidakkah sama seperti mereka? saya lihat kamu sangat sama sekarang. Sama-sama menyakiti orang yang benar-benar menyayangi kamu dan sama-sama mengkhianati perasaan mereka. Urghh!!

Apakah?? kononnya nak balas dendam. Apa faedahnya kawan-kawan ku oii?? ianya hanya akan melukai perasaan orang lain sahaja. Membuatkan kamu kehilangan satu persatu teman di sekelilingmu. Jadi, hilangkan rasa benci di hati kamu itu, karena kebencian itu akhirnya akan berbalik menyakiti hati kamu sendiri!!!

So, bagi yang terluka tuu lepaskan saja segala kemarahan mu. Paling tidak anggap saja dia bukan jodoh kamu. Then lupakan semua, start a new life. Manakala bagi yang sedang membenci teman2,saudara mara, sahabat handai, Guys!! as long dey'all tak kacau korang leave it!! buat dunno jak lah. Tapi kalau dah tak tahan, tegur jer direct to da point!. tapi jangan sampai memalukan mereka k?? Tegur pada caranya. Lebih baiknya minta pendapat teman-teman terlebih dahulu.





P/S:  saya tidak akan membenci kamu setelah apa yang kamu lakukan, karena saya tidak mau menjadi seperti kamu :) shehehehe...Semoga berbahagia!!

Followers

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/390263_2086561495964_720318948_n.jpg
 
template by suckmylolly.com