Saturday, 6 August 2011

Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki
tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan
sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang
dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.
Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan
lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian
yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:
1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa
jemu dan bosan.
3. Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang
dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4. Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu
tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5. Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu
menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih
banyak dirasakan oleh wanita.
6. Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan
kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya
berbanding oleh akalnya.
7. Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat
melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar
memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup
kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri,
kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9. Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk
memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya
bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi
ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau
untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini,
lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar
wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting
sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh
lelaki.

0 comments:

Followers

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/390263_2086561495964_720318948_n.jpg
 
template by suckmylolly.com