Thursday, 14 July 2011

7 Causes kenapa aku masih Single??

HALLLUUUU!!!..
ramai bertanya kenapa saya masih senang berstatus single sdgkan aku nee kategori perempuan yang "PERAMAH" (ahakzzz...Peramah lah sangat)
jawapan saya mudah, saya ada 7 sebab kenapa saya masih single ketika kawan-kawan lain seronok mendirikan rumah tangga :D



jom lihat hasil kajian soal jawab saya kepada kawan2 lelaki dan girl kat luar sana. Ada 7 ranking jawapan dari pada rakan2 tentang sebab kenapa saya masih single ini :D


1. Terlalu Jual Mahal
“bukan saya yang cakap, tapi ramai kawan-kawan lelaki saya yang cakap, saya terlalu jual mahal dengan lelaki-lelaki” (tapi aku x jual mahal lah..Cuma agak pendiam sikit.hehehe)


2. Persepsi sukar didekati
“saya mudah untuk berkawan, tapi sukar untuk dicintai,kerana saya bukanlah seorang yang percaya kepada kuasa cinta”


3. Terlalu Memilih
“tak salah saya menetapkan syarat yang tinggi untuk pasangan saya, kerana saya akan hidup dengan dia hingga nafas terakhir”


4. Pernah dikecewakan
“setelah bercinta dan akhirnya si dia berpaling kerana perempuan lain, apa kejadahnya semua itu, wajarkah saya mempercayai lelaki lagi?”


5. Mencari pasangan ideal
“ingat nak cari lelaki yang dijadikan suami ni macam pilih ikan dipasar ke?, macam pilih underware kat mydin mall ke? macam pilih blaus kat Jusco ke?”


6. Terlalu banyak pilihan
“saya mempunyai banyak pilihan, tapi semuanya memandang rupa dan kerjaya, bukan mencintai saya seadanya...


7.Tidak menghormati keluarga saya.
“banyak yang mengejar saya dan menackle saya.tapi tiada yang cuba untuk menackle family saya"




tepuk dada tanya iman, tepuk dada tanya mana yang berkenan, jangan kisah jika saya masih single, kerana sekurang-kurangnya kasih sayang saya masih belum berbahagi kepada orang sebarangan :D

0 comments:

Followers

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/390263_2086561495964_720318948_n.jpg
 
template by suckmylolly.com