Saturday, 6 August 2011

Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki
tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan
sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang
dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.
Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan
lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian
yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:
1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa
jemu dan bosan.
3. Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang
dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4. Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu
tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5. Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu
menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih
banyak dirasakan oleh wanita.
6. Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan
kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya
berbanding oleh akalnya.
7. Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat
melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar
memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup
kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri,
kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9. Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk
memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya
bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi
ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau
untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini,
lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar
wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting
sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh
lelaki.

Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki

Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.Let check it out!!
 
1. Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.
 
2. Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.
 
3. Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.
 
4. Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.
 
5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.
 
Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.


Misz SaraH

Followers

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/390263_2086561495964_720318948_n.jpg
 
template by suckmylolly.com